Thank you for your interest in our products and our website. Your privacy is important to us thus, we are committed to safeguarding and protecting your privacy as well as any personal data provided to us. All personal data are collected and processed in accordance with the Personal Data Protection Act 2010 and this Privacy Policy.
Federal Auto Holdings Berhad (“the Company”) reserves the right to revise this Privacy Policy from time to time and all revisions will be published on this website. You are therefore advised to review the Privacy Policy on our website periodically.

Collection and Use of Personal Data
The Company may process your information including your name, gender, address, contact number, date of birth, email address, identity card or passport and/or other personal data that relates to you. Please be informed that the processing of your personal data is obligatory where it is necessary for the performance of a contract to which you are a party to and for compliance with certain legal obligations. The Company may also collect, store and use your personal data, if volunteered by you for purposes of administration, product surveys, market research, marketing and promotions and/or responding to your enquiries.

Consent
If you do not consent, or in the event you decide to withdraw or limit your consent to any of the above-mentioned purposes, kindly inform the Company in the communications or email your request to us. However, please take note that the Company may not be able to provide you with the full range of services that may be of your interest or to your benefit if you decide to withdraw or limit your consent.

Data Sharing
The Company is part of the MBM Resources Berhad group of companies (“MBMR Group”). We may share your information with other members within as well as outside the Group (including manufacturers, financing and insurance companies, banks, legal authorities and/or other authorised third parties) only to the extent necessary and permissible under the law. Unless necessary, your participation is completely voluntary and you have the choice of withholding or withdrawing your consent by informing us at any time before or after your personal information is transmitted.

Security Measures
The Company maintains appropriate technical as well as organizational security measures to protect the security of your personal information and prevent against manipulation, alteration, loss, destruction, misuse, unauthorized access or unauthorized disclosure.

Access and Correction
Subject to proper identification and authorisation, upon your request in writing, we will provide access to view your personal data stored by us and if required the option of updating, amending or correcting your personal information.

Cookies
Based on your browser settings and/or preference, information such as your operating system, browser type and Internet Protocol (IP) address are collected. The Company uses this information solely for purposes of tracking the traffic on our website and your preferences to better serve you the next time you visit our website. Your identity will however remain strictly anonymous.

Enquiries
If you have any enquiries, complaints or would like to request access to view or correct your personal data or limit the processing of your personal data, please submit your request to:

Designation :​Privacy Officer
Telephone :​03-55670704
Email :​​privacy@federalauto.com.my
Address :​​Level 5, Lot 43, Jalan Pelukis U1/46, Section U1, 40150 Shah Alam, Selangor.

DASAR PRIVASI

Terima kasih kerana melanggan produk kami dan laman web ini. Kami amat menitikberatkan soal privasi pelanggan, justeru, kami komited untuk menjaga dan melindungi privasi anda dan juga sebarang data peribadi yang diberikan kepada kami. Semua data peribadi dikumpulkan dan diproses menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Dasar Privasi ini.
Federal Auto Holdings Berhad (“Syarikat”) berhak untuk meminda Dasar Privasi ini dari masa ke masa dan semua pindaan akan diterbitkan di laman web ini. Dengan itu, anda dinasihati untuk menyemak Dasar Privasi di laman web kami dari masa ke masa.

Pengumpulan dan Penggunaan Data Peribadi
Syarikat boleh memproses maklumat anda termasuk nama, jantina, nombor hubungan, tarikh lahir, alamat e-mel, kad pengenalan atau pasport dan/atau data peribadi lain yang berkaitan dengan anda. Kami ingin memaklumkan bahawa pemprosesan data peribadi anda adalah wajib sekiranya maklumat tersebut diperlukan untuk melaksanakan kontrak di mana anda merupakan salah satu pihak yang terbabit dan untuk mematuhi kewajipan undang-undang tertentu. Syarikat juga boleh mengumpulkan, menyimpan dan menggunakan data peribadi anda, jika diberikan oleh anda secara sukarela untuk tujuan pentadbiran, tinjau selidik produk, penyelidikan pasaran, pemasaran dan promosi dan/atau menjawab pertanyaan anda.

Persetujuan
Jika anda tidak bersetuju, atau sekiranya anda membuat keputusan menarik balik atau mengehadkan persetujuan anda kepada mana-mana daripada tujuan yang dinyatakan di atas, sila maklumkan Syarikat menerusi komunikasi atau e-mel permintaan anda kepada kami. Tetapi perlu diingat bahawa Syarikat mungkin tidak dapat memberikan anda rangkaian lengkap perkhidmatan yang mungkin anda minati atau demi manfaat anda jika anda membuat keputusan untuk menarik balik atau mengehadkan persetujuan anda.

Perkongsian Data
Syarikat ini merupakan sebahagian daripada syarikat kumpulan MBM Resources Berhad (“Kumpulan MBMR”). Kami mungkin berkongsi maklumat anda dengan ahli lain di dalam dan juga di luar Kumpulan (termasuk pengilang, syarikat pembiayaan dan insurans, bank, pihak berkuasa undang-undang dan/atau pihak ketiga lain yang dibenarkan) hanya setakat yang diperlukan dan dibenarkan di bawah undang-undang. Melainkan diperlukan, penyertaan anda adalah secara sukarela sepenuhnya dan anda mempunyai pilihan untuk tidak memberikan atau menarik balik persetujuan dengan memaklumkan kami pada bila-bila sebelum atau selepas maklumat peribadi anda dihantar.

Langkah Keselamatan
Syarikat mengambil langkah keselamatan teknikal dan juga organisasi yang sewajarnya untuk melindungi keselamatan maklumat peribadi anda dan mengelakkan manipulasi, perubahan, kehilangan, kemusnahan, salah guna, capaian tidak dibenarkan atau pendedahan tidak dibenarkan.

Akses dan Pembetulan
Tertakluk kepada pengenalan dan pengesahan yang wajar, atas permintaan anda secara bertulis, kami akan membenarkan anda menyemak data peribadi anda yang kami simpan dan jika perlu, memberi pilihan untuk mengemas kini, meminda atau membetulkan maklumat peribadi anda.

Perisian Cookies
Berasaskan penetapan dan/atau pilihan pelayar anda, maklumat seperti sistem pengendalian, jenis pelayar dan alamat Protokol Internet akan dikumpulkan. Syarikat menggunakan maklumat ini secara khusus untuk tujuan menjejak lalu lintas di laman web kami dan menentukan pilihan anda dalam usaha kami menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada anda apabila anda mengunjungi laman web kami sekali lagi. Bagaimanapun, identiti anda akan dikekalkan rahsia.

Pertanyaan
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau ingin membuat permintaan untuk menyemak atau membetulkan data peribadi atau mengehadkan pemprosesan data peribadi, sila kemukakan permintaan ke

Jawatan :​​Pegawai Privasi
Telefon​ :​03-55670704
Emel :​​privacy@federalauto.com.my
Alamat :Tingkat 5, Lot 43, Jalan Pelukis U1/46, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor.